Saturday, December 14, 2019

国会首辩人权委员会报告

国会首辩人权委员会报告

文:黄汉伟

12月首个星期,也是本年度国会下议院开会最后一周,写下了三个历史。12月2日,建国历史上首次呈上国会的《国防白皮书》列在议会议程里,让国会议员审视及辩论。12月4日晚则是马来西亚国会60周年庆晚宴。12月5日则辩论人权委员会的年度报告。我参与了这两项历史性的辩论与一甲子的历史性国会晚宴。
《人权委员会法案》于1999年在国会获得通过,并于2000年成立。在人权委员会成立后的18年间,人权委员会的年度报告书只放在国会议员桌子上,不曾列入国会议程,也不曾有特定的辩论坏节。
所以,国会第一次辩论该报告是一项突破及改革。我在辩论时提出该会在成立初期针对《内安法令》所发布的报告以及积极在人民权利、人权问题上为民发声,督促政府改善政策提供了指引。
我辩论的重点放在有关儿童的章节以及针对无国籍儿童、寻求庇护和难民儿童、流浪儿童、被拘留儿童、受虐儿童的许多问题上,童婚的问题和在儿童章节报告中提到的种种问题。
许多面对国籍问题的儿童,其实错不在于他们。这些孩子是无辜的,但是他们却得面对证件如无身份证等问题。无国籍及没有文件的儿童因父母的国籍问题如恶性循环一样不断重复发生。这些孩子将流落街头,然后成为乞丐等,这形成了一个恶性循环。因此,我们需要有强大政治意愿来解决无国籍儿童问题。

就此,我在国会上就赞扬了教育部,因为该部最近实施了“零拒绝”政策,让证件问题的儿童可接受正式教育。我举一个发生在我选区并获得解决的例子,即一名儿童面对证件及家庭暴力问题而离开吉隆坡来到槟城。她的报生纸遗留在吉隆坡家里。
国民登记局告诉收养她的义务组织,需要三个月的时间才能从布城总部发出报生纸。教育局告知需要等有报生纸,才能批准她入学。如果国民登记局及教育局这项理由被接受,该孩子就必须等待三个月的时间才能报名上新学校。


我致电槟州教育局局长,告知她教育部新政策即“零拒绝”政策下,并解决了这项问题。三天后,孩子可以报名在新学校念书。因此,政府新政策将协助许多面对证件
问题和无国籍儿童可以上学念书。当实施“零拒绝”政策后,没有任何儿童接受教育的机会会被忽略。
我也反映有关儿童在有父母陪伴或没父母陪伴之下,在《移民法》下被扣留的问题。尽管他们还是儿童,不过依然被送进扣留所。我认为这种情况需要认真看待。
人权委员会年度报告提到截至2018年12月底,在联合国难民署(UNHCR)登记在大马的难民和寻求庇护的人士为16万3860名。其中18岁以下的儿童为4万2000人,占25.9%。因此,我们应该向执法机构包括移民局、警方等反映有关儿童被关押在扣留所的问题,这些都是不符合国际标准处理方式。
根据人权委员会的报告指出,人权委员会于去年7月19日到居銮监狱进行访问时,共有39名被关押的囚犯是在《1959年防范罪案法令》(POCA)被扣留的18岁以下儿童。

对人权委员会建议设保护儿童委员会,我认为这是一个很好的建议。今天我们看到,人权委员会的一名专员被委任为保护儿童专员。我们希望看到一个特别委员会专门负责处理儿童的事务,以便儿童的保护能够更严谨地受到关注。我们需要赋予儿童更多的保护权利,以符合国际在《儿童权利公约》(CRC)所设定的标准基础上。
我希望人权委员会的年度报告能在每年的国会进行辩论,也希望政府不仅只是对相关部门作出回应,还须要让更多政府部门去认真看待有关报告并改善各项涉及人权议题。
政府也应提供大马人权委员会更多的资源,以便他们能把我国人权方面事务做得更好。人权委员会是联邦预算其中一个项目。我希望政府加强人权委员的结构和功能,以便他们可以做得更好,并推广人权教育及向公众发布不符标准及侵犯人权的案件。

Thursday, December 05, 2019

Perbahasan RUU Francais (Pindaan) 2019

Video https://youtu.be/YFqhSt_6Yjc

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kali Kedua Rang Undang-Undang Francais (Pindaan) 2019 pada 3/12/2019 
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan terhadap Akta Francais 1998 dan perniagaan francais telah mula bertapak di Malaysia pada tahun 1963 apabila A&W memasuki Malaysia dengan outlet pertama di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Itu sejarah yang lama. Malaysia antara negara yang mempunyai undang-undang francais dan negara-negara maju, Australia masih membincangkan proposal untuk perundangan francais. Australia hanya ada code of conduct bagi franchising. Oleh itu, adalah baik kita sudah mempunyai satu undang-undang francais perundangan yang mantap. 
Saya ingin merujuk kepada satu tambahan dari segi seksyen 10A iaitu, “Pembaharuan pendaftaran francais”. Sebelum ini tiada dikenakan pendaftaran semula dan pembaharuan pendaftaran. Kali ini di bawah seksyen 10A ini apabila tarikh habis tempoh pendaftaran dan adalah tanggungjawab francais untuk membuat permohonan kepada kementerian untuk membuat pendaftaran dan juga dikenakan satu fi yang ditetapkan. 
Sebarang syarikat yang ingin menyertai francais perlu melakukan strengths, weaknesses, opportunities and threats analysis (SWOT) kerana apabila harga francais yang terlalu tinggi maksudnya kena membuat satu pelaburan tetapi juga satu cabaran dari segi risiko perniagaan. Perlu membuat analisa perniagaan sebelum memasuki atau menandatangani apa-apa perniagaan francais. Tadi saya menanyakan jumlah fi yang ditetapkan di bawah pendaftaran francais yang baharu. Boleh dizahirkan berapakah jumlah fi yang ditetapkan supaya orang awam ataupun peniaga-peniaga boleh tahu tentang fi tersebut? 
Saya juga lihat fasal 16 yang merujuk kepada seksyen 24, Akta 590 iaitu dirujuk kepada Akta Cap Dagangan 1976. Kita sudah bahas penggal lalu tahun ini, bahawa Akta Cap Dagangan 1976 telah digantikan dengan Akta Cap Dagangan 2019 dan rang undang-undang ini masih rujuk kepada akta lama yang telah dimansuhkan oleh Akta Parlimen tahun ini. Minta pemerhatian dari segi itu.
Saya mengalu-alukan pengenalan ataupun pindaan terhadap Akta Francais ini dan saya meminta supaya juga pada masa depan kementerian boleh seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Kepong tadi perlu lihat kepada sama ada perlindungan terhadap mereka yang ingin menyertai francais, perlindungan terhadap isu-isu Francais Agreement, Distributorship Agreement, Intellectual Properties dan sebagainya supaya peniaga-peniaga di Malaysia tidak terjerumus dalam aktiviti-aktiviti perniagaan francais ataupun dieksploitasikan oleh perniagaan francais tersebut. Saya mohon untuk menyokong. 

Perbahasan RUU Hak Cipta (Pindaan) 2019

Video https://youtu.be/apc4737ME20

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua  Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2019 pada 3/12/2019 
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Hak Cipta (Pindaan) 2019. Seperti yang kita maklum, terdapat kira-kira 6,000 orang ahli yang terdiri daripada komposer, penulis lirik, artis syarikat penerbitan dan syarikat rakaman yang terlibat dalam industri muzik ini. 
Maka, apabila kita membuat pelantikan terhadap Music Rights Malaysia (MRM) untuk kutipan royalti muzik, sebenarnya kutipan ini dibuat lebih kurang kepada 50,000 buah syarikat berdaftar kemudian diagihkan kepada empat pertubuhan iaitu MACP, PPM, RPM dan PRISM pada kadar yang dipersetujui. Industri ini besar dengan 50,000 buah syarikat, dengan 6,000 ahli yang terlibat dalam industri muzik.
Saya melihat pindaan terhadap Rang Undang-undang Hak Cipta ini sebenarnya ia ingin memperluaskan kuasa Tribunal Hak Cipta. Dukacita saya mendengar bahawa walaupun telah ditubuhkan Tribunal Hak Cipta pada tahun 2012, tetapi sampai hari ini satu kes pun tidak didengar maka kita perlu membuat satu semakan apa pun overhaul terhadap fungsi kuasa dan juga terhadap Tribunal Hak Cipta. Ini kerana sebenarnya kuasa Tribunal Hak Cipta ini terhad dan tiada platform alternatif selain Mahkamah Sivil untuk merujuk pertikaian melibatkan antara badan pelesenan dan anggotanya. Kita, dengan pendedahan ini membolehkan badan pelesenan iaitu MRM dan juga anggotanya boleh merujuk kepada Tribunal Hak Cipta. 
Saya lihat kalau kita boleh pecah kosong terhadap kes Tribunal Hak Cipta ini ada banyak rungutan seperti tadi Yang Berhormat Rasah, kawan saya Yang Berhormat Rasah telah menyebut tentang rungutan terhadap daripada syarikat-syarikat. Saya sendiri telah menerima rungutan daripada Entertainment Association of Johor. Saya bukan wakil rakyat dari Johor, saya wakil Penang. Akan tetapi, kita punya network jauh. 
Entertainment Association of Johor telah memberitahu saya yang merupakan payung mewakili Operator Karaoke Disco Entertainment dan Lounges Entertainment Association ini memberitahu saya bahawa royalti yang dikutip oleh MRM ini kadarnya tinggi dan memberikan tekanan kewangan terhadap ahli-ahli di bawah entertainment association. 
Maka, dalam tiada bidang kuasa di bawah Tribunal Hak Cipta ini untuk mendengar kes- kes antara entertainment association, antara syarikat-syarikat berdaftar dengan MRM. Hanya kita hari ini kita hanya membesarkan bidang kuasa antara badan pelesen iaitu MRM dengan ahli- ahlinya iaitu komposer, penulis lirik, ahli-ahli muzik dan tiada bidang kuasa untuk mendengar atau membuat semakan terhadap kadar royalti yang tinggi ini. Hari ini, saya juga menerima maklum balas daripada Entertainment Association of Johor bahawa yang selain daripada royalti yang tinggi ini dan jarang ada mesyuarat antara MRM dengan entertainment association. 
Oleh itu, masalah-masalah yang timbul yang didapati bahawa syarikat-syarikat berdaftar yang perlu menjalankan entertainment outlet ini mereka tiada saluran secara berkala untuk membawa masalah mereka sama ada kepada kementerian atau kepada badan pelesenan seperti MRM. Oleh itu mereka membawa kepada saya sebagai wakil rakyat untuk membawa isu yang mereka hadapi. Kutipan tarif royalti yang tinggi yang membebankan dan tiada avenue untuk dibawa Tribunal Hak Cipta ini untuk didengar kes. 
Oleh itu, kita dengar tadi tidak ada satu kes pun di dengar di Tribunal Hak Cipta sejak penubuhannya daripada tahun 2012 sampai sekarang. Harap kita boleh melihat kembali kepada rang undang-undang ini dan memberikan tambahan kuasa terhadap rang undang-undang ini. Di samping ini, saya juga ingin membangkitkan beberapa isu tentang berbangkitkan dan bersangkutan kerana apabila kita ingin melihat sebelum beberapa bulan kita telah membuat pindaan terhadap Rang Undang-undang Cap Dagangan di bawah kementerian yang sama. 
Saya ingin mendapat status apakah Rang Undang-undang Cap Dagangan sama ada Madrid Protocol ini adalah dipatuhi dan telah disertai? Begitu juga apabila saya bangkitkan pada perbahasan saya pada Rang Undang-undang Cap Dagangan, saya telah membangkitkan bilakah kita membuat pindaan terhadap Akta Reka Bentuk Perindustrian yang supaya untuk mematuhi the head protocol yang sampai bila kita belum lagi menyertai protokol berkenaan dan saya juga meminta kementerian untuk mengemas kini undang-undang harta intelek (intellectual property) di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia sama ada pattern sama ada reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi ataupun reka bentuk susur atur litar kita untuk melihat bagaimana kita hendak ingin lagi melindungi harta intelek. 
Kita juga perlu melihat balik kepada semua akta-akta berkenaan termasuk juga Undang- undang Hak Cipta kerana melibatkan satu tugas yang kompleks apabila Undang-undang Hak Cipta bagaimana kita boleh memenuhi cabaran dunia digital. Bagaimana kita dapat isu-isu seperti cloud computing dan isu-isu seperti Internet service provider for copyright infringement. Undang- undang Hak Cipta perlu mencari satu keseimbangan antara competing interest pada satu pihak ialah copyright holders seperti penulis lirik, seperti pemuzik dan sebagainya dan pada satu pihak lagi ialah orang awam (public)
Oleh itu, Tribunal Hak Cipta boleh memainkan peranan yang lebih aktif, di sesuatu pihak ahli-ahli muzik, ahli-ahli seni, pemegang-pemegang hak cipta dan pada satu pihak lagi orang awam. Bagaimana kita boleh mengimbangkan competing interest antara kesemua pihak ini? Oleh itu, tadi saya menyebut tentang bahawa MRM dan juga empat organisasi ini. Sebenarnya, ia lebih merujuk kepada monopolistic dengan kumpulan yang tertentu sahaja. 
Saya ingin menjemput kementerian untuk melihat kepada model-model negara lain. Lihat mengkaji model-model negara lain untuk memperbaiki terhadap Tribunal Hak Cipta kita dan memperbaiki terhadap Undang-undang Hak Cipta kita khasnya untuk di satu pihak melindungi kepentingan pemuzik-pemuzik dan satu pihak untuk melindungi dan memberikan kebaikan kepada orang awam dan juga menjaga kebajikan syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri berkenaan. 
Saya lihat undang-undang-undang ini sebenarnya ringkas sahaja untuk meningkatkan Tribunal Hak Cipta dan saya ingin melihat kepada lebih banyak pembaharuan dalam aspek pelindungan hak harta intelek ini. Oleh itu, saya mohon menyokong. 

Perbahasan Rang Undang-Undang Mata Wang 2019

Video  https://youtu.be/yD8UdRo3GNg

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Mata Wang 2019 pada 3/12/2019 
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan mengenai dengan rang undang-undang berkenaan dengan mata wang dan kalau kita meninjau dari segi sejarah perundangan, sumber kuasa berkaitan pengurusan dan operasi mata wang terkandung dalam Bahagian III, Akta Bank Negara Malaysia 1958. 
Bahagian ini masih kekal walaupun akta tersebut telah dimansuhkan dan diangkat menjadi akta Bank Negara. Saya rasa adalah tepat pada masanya kita mewujudkan satu bill, satu rang undang-undang atau satu akta tersendiri dengan 70 seksyen dan dua jadual untuk menguruskan perkara-perkara berkenaan dengan mata wang. Kita perlu menyediakan kerangka undang-undang yang lebih menyeluruh dan kawal selia ke atas pemprosesan mata wang. Beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan di sini, saya juga telah merujuk kepada seksyen 22, Currency Act of Singapore.
Di negara Singapura, mereka juga mempunyai satu akta currency atau Currency Act. Dalam seksyen 22 Currency Act of Singapore, “Authority’s assets must not be less than currency in circulation”. Maksudnya, kalau currency yang sedang dalam edaran pasaran, ia tidak boleh kurang daripada aset kerajaan. Satu seksyen yang jelas di bawah seksyen 22 di Singapura yang tidak terdapat dalam Currency Bill yang kita cadangkan pada hari ini. So, saya minta penjelasan, sama ada kita boleh belajar― ataupun kenapa kita tidak masukkan klausa sedemikian? “Authority’s assets must not be less than currency in circulation”, seksyen 22 di Singapura. 
Saya juga ingin membangkitkan satu isu berkenaan dengan rang undang-undang ini yang juga memperkenalkan had transaksi tunai ataupun kita panggil CTL atau cash transaction limit dalam Jadual Kedua di bawah Rang Undang-undang Mata Wang. Maksud kita memperkenalkan had transaksi tunai bagi mengekang eksploitasi transaksi tunai yang sukar dikesan dalam kegiatan jenayah dan aktiviti ekonomi gelap. 
Saya ingin mendapat kepastian kerana kita juga mendengar pengumuman daripada Bank Negara bahawa pada 1 Januari 2020, cash transaction limit dicadangkan sebanyak RM25,000. Akan tetapi, di bawah rang undang-undang ini, di Jadual Kedua, pada masa ini tiada. Boleh minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan penjelasan dengan lebih lanjut mengenai pengumuman Bank Negara dan juga di bawah Jadual Kedua di bawah rang undang- undang ini yang nampaknya tidak selari. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. 
Saya juga ingin membangkitkan satu isu dalam rang undang-undang ini bahawa Bank Negara sebagai pengeluar tunggal mata wang di Malaysia dan kuasa untuk menjual mata wang pada harga selain daripada nilai muka bagi mempromosikan seni numismatik iaitu seni untuk percetakan nilai mata wang. 
Saya ingin membangkitkan isu berkaitan adalah kerana terdapat satu industri yang kecil yang dipanggil industri pengumpulan mata wang. Mereka sering membuat percetakan imej-imej mata wang. Bagaimana kalau warga numismatik ini mereka akan menghadapi kesukaran untuk menerbitkan buku numismatik berkenaan mata wang Malaysia? Ini kerana Bank Negara tidak lagi membenarkan tandatangan Gabenor Bank Negara pada wang kertas yang dikongsi dalam buku. 
Selain tulisan “contoh” atau “spesimen”, penerbit juga diminta untuk memadam tandatangan gabenor dan juga tulisan “Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai”. Ini sekatan ke atas penggunaan gambar, lukisan atau reka bentuk mata wang yang penerbitan dan sebagainya sedikit sebanyak menyukarkan warga numismatik berkongsi ilmu dan menerbitkan buku numismatik. Saya meminta supaya perkara ini diperjelaskan supaya kita semua boleh faham apa yang berlaku. 
Juga, saya ingin membangkitkan isu-isu berkenaan dengan digital money. Ini kerana di bawah Rang Undang-undang Mata Wang ini, legal tender merupakan wang kertas dan juga coin atau syiling. Terdapat istilah-istilah seperti token yang tidak begitu jelas maksudnya. Sama ada Bank Negara pada masa depan berhasrat membuat kawal selia terhadap digital tokens, stable coins, digital money, cryptocurrency dan sebagainya? 
Buat masa ini, cryptocurrencydigital tokens dan sebagainya dikawal selia oleh Security Commission atau Suruhanjaya Sekuriti. Bank Negara sebagai bank yang mengawal selia penerbitan mata wang harus juga diberi kuasa untuk kawal selia terhadap digital-digital tokencryptocurrencystable coin dan sebagainya. Saya ingin mendapat penjelasan, bagaimana pengagihan tugas antara Bank Negara dan juga Suruhanjaya Sekuriti? 
Saya rasa ini pada keseluruhannya rang undang-undang ini adalah menyeluruh dengan mengemas kini apa yang terhadap penerbitan mata wang sejajar dengan perkembangan yang terbaru dan juga mengoptimumkan kos pengurusan operasi mata wang melalui langkah-langkah meningkatkan keberkesanan operasi dan pengedaran semula mata wang. Saya meminta penjelasan terhadap isu-isu yang saya bangkitkan tadi. 
Sekian, terima kasih. 

Perbahasan Rang Undang-Undang Kewangan 2019

Video https://youtu.be/31aZPt11NdU

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Kewangan 2019 pada 2/12/2019 

Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2019.

Saya ingin merujuk kepada fasal 6 iaitu pindaan seksyen 6A kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 iaitu berkenaan dengan tax rebate berikutan dengan kelulusan Akta Levi Pelepasan 2019 di Parlimen pada tahun ini. Untuk mereka yang meninggalkan negara melalui udara untuk umrah dan juga other religious pilgrimage iaitu menjalankan ibadah agama Islam dan agama-agama selain Islam turut boleh menerima tax rebate di bawah pindaan ini.

Saya mengalu-alukan pindaan ini kerana semasa saya menyertai perbahasan Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019, perkara ini telah dibangkitkan. Saya berbesar hati bahawa apabila religious pilgrimage untuk agama lain turut diberikan tax rebate. Ini tertakluk kepada Committee for the Promotion of Inter-Religious Understanding and Harmony among Adherents, Prime Minister’s DepartmentIni adalah satu langkah yang positif oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Tax rebate di bawah pindaan ini sebanyak dua kali tax rebate, saya mentafsirkan sebagai untuk seumur hidup. Agama Islam adalah agama rasmi untuk Persekutuan tetapi juga di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, kebebasan dan hak agama lain juga turut diberi penghormatan dan dilindungi.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya satu pekeliling garis panduan ataupun nota amalan dikeluarkan oleh jawatankuasa untuk promosi pemahaman dan harmoni antara agama supaya orang awam boleh mengetahui senarai religious pilgrimage yang mana yang akan mendapat tax rebate. Senarai tersebut boleh dirujuk dan digariskan bersama dengan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST).

Saya menyebut sedemikian kerana departure levy yang dimasukkan ialah RM8 untuk negara-negara ASEAN dan RM20 untuk negara-negara non ASEAN untuk economy class. Tax rebate ini adalah kecil tetapi amat bermakna. Saya cadangkan supaya untuk kurangkan kos birokratik kita buat satu garis panduan ataupun publish senarai-senarai pilgrimage yang kita maksudkan selepas consultation dengan MCCBCHST.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kepada fasal 7 di mana pindaan subseksyen 34(6) Akta Cukai Pendapatan dilakukan untuk menambahkan satu lagi item dalam Senarai Tax Rebate Deduction iaitu selain kebajikan dan lain-lain, ditambahkan pula Maintenance of a building designated as heritage site by the Commissioner of Heritage under the National Heritage Act 2005, dengan izin. Saya mengalu-alukan pindaan ini kerana ia boleh meluaskan tax deduction kepada penyelenggaraan bangunan warisan adalah satu strategi public-private partnerships (PPP) supaya pihak swasta turut boleh menyumbang kepada warisan negara dan sebagai pengiktirafan kepada sumbangan wang dan boleh mendapat potongan cukai pendapatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengalu-alukan fasal 7 di mana perenggan 7(b) dengan menaikkan amaun maksimum potongan cukai bagi menaja apa-apa aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan daripada RM700 ribu kepada RM1 juta. Ini adalah satu langkah positif untuk menggalakkan lebih banyak korporat untuk menaja aktiviti tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 8 berkenaan seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan, potongan kepada seseorang individu bagi pemberian wang kepada organisasi yang diluluskan, dinaikkan daripada tujuh peratus kepada 10 peratus. Saya memohon prosedur untuk potongan seksyen 44(6) ini diperkemas untuk mengelakkan penyalahgunaan. Saya difahamkan melebihi 2,000 organisasi kebajikan mendapat tax exempt status. Saya meminta organisasi ini diadakan pembaharuan status tax exempt setiap tiga hingga lima tahun dan perlu mengemukakan auditor account. Ini untuk memastikan safeguard supaya seksyen 44(6) ini tidak disalahgunakan dan untuk mengelakkan kejadian fraud.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah fasal 8 juga terdapat cadangan potongan cukai untuk pendermaan kepada religious authority dan public university. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, sama ada religious authority termasuk juga Hindu Endowments Board dari Pulau Pinang dan juga ahli-ahli MCCBCHST. Saya cadangkan supaya ini dipanjangkan kepada anggota-anggota MCCBCHST.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 20 melibatkan pindaan kepada Jadual 1 Akta Cukai Pendapatan iaitu segala cukai pendapatan untuk mereka memperoleh pendapatan melebihi RM2 juta setahun dinaikkan daripada 28 peratus kepada 30 peratus untuk pendapatan melebihi RM2 juta. Adalah dijangkakan 2,000 pembayar cukai akan menyumbang tambahan RM100 juta kepada Federal coffer.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, 30 peratus ini masih rendah berbanding dengan negara-negara lain. Negara Taiwan 40 peratus, Thailand, Vietnam dan Filipina sebanyak 35 peratus. World Bank telah mencadangkan supaya 35 peratus. Saya mengalu-alukan langkah untuk meningkatkan revenue kerajaan dan cukai dari golongan super top ini boleh digunakan untuk membantu golongan B40. Inilah semangat progresif tax structure.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 34 melibatkan pindaan terhadap Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 di mana obligasi antara antarabangsa, penyertaan konvensyen multilateral untuk pelaksanaan langkah-langkah berkaitan triti cukai untuk mencegah Penghakisan Asas Cukai dan Pemindahan Keuntungan (BEPS). Saya mengambil maklum bahawa pindaan ini retrospective iaitu disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 28 Disember tahun lalu. Pindaan ini juga sejajar dengan penyertaan Malaysia dalam Forum on Harmful Tax Practices (FHTP), Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD).

Inisiatif percukaian ini menunjukkan komitmen Malaysia dalam memenuhi standard percukaian antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin melihat sistem percukaian kita lebih telus supaya skandal-skandal yang berlaku pada masa lalu seperti kes 1MDB boleh dikesan dengan lebih awal lagi.

Sebagai kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin melihat pentadbiran percukaian kita disusun secara rule-based. Inisiatif yang dijalankan sebelum ini seperti big data technology untuk mengesan pembayar cukai yang di luar ruang lingkup percukaian hendaklah diteruskan. Begitu juga Special Voluntary Disclosure Programme (SVDP) yang dijalankan sebelum ini telah menggalakkan mereka yang tidak membayar cukai sepenuhnya tampil ke depan.

Mengikut satu laporan 21 peratus daripada GDP Malaysia masih dikelaskan sebagai shadow economy dan kerajaan mengalami kerugian kerana shadow economy di luar skop percukaian. Saya meminta supaya shadow economy ini dikurangkan melalui big data, rules based tax administration untuk menambahkan lagi hasil negara supaya lebih banyak program dan projek untuk kepentingan awam boleh dilaksanakan. Itu sahaja, saya mohon menyokong pindaan ini.

Perbahasan YB Wong Hon Wai semasa Pembentangan Kertas Putih Pertahanan (Defence White Paper)


Video https://youtu.be/o_pvlH4durY

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa pembentangan Kertas Putih Pertahanan pada 2/12/2019

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama kali, saya ingin mengalu-alukan usaha kerajaan dan juga Kementerian Pertahanan untuk mengusahakan satu Kertas Putih Pertahanan yang julung-julung kali dibentangkan di Parlimen. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri.  Sebagai Ahli Parlimen, saya berpeluang menggunakan platform ini untuk membahaskan Dasar Pertahanan Negara. Sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Kertas Putih yang mempunyai tema makmur juga, Malaysia yang Selamat, Berdaulat dan Makmur. Malaysia yang selamat, berdaulat dan baru ada kemakmuran. Malaysia yang selamat baru boleh menjana peluang ekonomi dan rakyat baru boleh menikmati hasil daripada peluang ekonomi dan juga kemodenan.


Oleh itu, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan, memberikan penghormatan saya kepada Angkatan Tentera Malaysia dan keluarga mereka. Mereka yang sedang berkhidmat, veteran-veteran ATM dan juga wira-wira kita yang memperjuangkan keselamatan dan kedaulatan negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya ada beberapa facility ATM seperti di kawasan saya ada staff station Tentera Darat di Batu Ferringhi, yang merupakan tapak latihan. Terdapat Institut Kepimpinan dan Pengurusan (INSKEP TUDM) serta Markas Askar Wataniah 509 di kawasan Parlimen Bukit Bendera. Sukacita saya laporkan kepada Dewan ini, saya selalu ada peluang melawat ketiga-tiga facility ini dan telah mengadakan program bersama. Saya juga meluluskan peruntukan untuk naik taraf infrastruktur kepada ketiga-tiga facility ketenteraan ini di bawah peruntukan Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, Kertas Putih Pertahanan ini telah dibentangkan atas meja Ahli Parlimen pada hari Khamis. Saya berkesempatan untuk membaca keseluruhan dokumen ini sebanyak 90 muka surat dan saya ambil maklum bahawa usaha untuk menghasilkan dasar Kertas Putih Pertahanan ini telah berpanjangan satu tahun dan juga saya telah hadiri Perwira Consultation Forum sebelum ini. Saya juga telah hadiri conference oleh MIDAS yang sebelum ini yang membicarakan Kertas Putih Pertahanan ini. Oleh itu saya amat menyanjung dengan usaha-usaha Kementerian Pertahanan dan juga Angkatan Tentera Malaysia untuk menyediakanKertas Putih Pertahanan ini, satu dokumen yang penting, yang memberikan hala tuju kepada Dasar Pertahanan Negara untuk tempoh tahun 2020 sampai tahun 2030.

Saya juga berkesempatan untuk membaca Defense White Paper dari negara Australia dan juga negara China dan saya dapati bahawa Kertas Putih Pertahanan kita sebenarnya di drafkan dengan asas yang baik, dengan penghuraian, cabaran geopolitik kita. Seperti dalam Kertas Putih Pertahanan ini, geografilah menentukan karakter, nasib dan juga hala tuju negara kita. Istilah seperti galur kebenuaan, gerbang penjalin muncul puluhan kali dalam dokumen Kertas Putih Pertahanan. Malaysia sebagai sebuah negara maritim dengan Laut China Selatan, Lautan Pasifik, serta Selat Melaka, Lautan Hindi. Oleh itu, kita emphasize sebagai negara maritim amatlah berpatutan. Ini penting untuk mempertahankan pelabuhan kita, industri perkapalan kita, perikanan kita dan juga petroleum dan gas kita. Maritime area kita mempunyai dua kali lebih besar daripada kawasan darat kita.

Oleh itu pemberatan kepada kekuatan tentera laut diperlukan. Sokongan tentera udara juga perlu untuk menyokong operasi laut perlu diberikan penekanan. Saya rasa kita, buat masa ini TLDM mempunyai 44 vessels di bawah 15 kelas dengan dibina oleh pelbagai shipyard oleh tujuh buah negara. Ini akan menjadi satu masalah ataupun sokongan logistik yang amat kompleks dan mencabar. Tuan Yang di-Pertua, melalui Kertas Putih ini yang menjangkau masa tahun 2020 sampai tahun 2030, boleh kita cristalize idea-idea kita supaya ada sokongan bajet yang berpadanan. Tuan Yang di-Pertua, atas perbelanjaan ketenteraan, satu bab yang penting, saya rasa tidak ada yang muncul dalam Australian White Paper iaitu funding defence dengan butiran seperti perbelanjaan terhadap funding model untuk pertahanan kita, bagaimana kita menyokong pertahanan ini.

Tuan Yang di-Pertua, bab tersebut tiada dalam Kertas Putih Pertahanan kita. Lazimnya military expenditure dikira mengikut peratus GDP sesebuah negara. Terdapat trend penurunan dari segi perbelanjaan ketenteraan untuk Malaysia dari segi GDP. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, peratus perbelanjaan ketenteraan kita lebih kurang dari 1.5 peratus GDP kepada 1 peratus GDP pada tahun 2018. Sebenarnya kalau kita lihat sama ada perbelanjaan terhadap pertahanan kita tidak rendah kalau berbanding dengan negara-negara lain. Negara Jepun, perbelanjaan terhadap national defense kalau mengikut peratusan GDP ialah 1 peratus. Negara Germany 1.2 peratus, dan China 1.2 peratus. Negara-negara yang tinggi dari segi perbelanjaan ketenteraan adalah seperti Amerika Syarikat 3.5 peratus, Rusia 4.4 peratus dan mereka mempunyai global pleasent. Oleh itu peratusan yang tinggi.

Kalau kita lihat, kita sebenarnya meninjau dari segi ASEAN. Kalau negara-negara jiran seperti Indonesia dan Laos yang mempunyai perbelanjaan pertahanan kurang daripada 1 peratus. Oleh itu, apabila kita bandingkan GDP, sebenarnya kita tidak – kita bukan tinggi dan bukan rendah, kita sederhana. Dari segi peratus bajet yang diperlukan untuk Kementerian Pertahanan, untuk tahun 2020, Federal Budget untuk kepada pertahanan adalah 6.74 peratus iaitu sejumlah dari segi pembangunan RM3.08 bilion, pengurusan RM12.4 bilion sejumlah RM15.58 bilion. Iaitu sejumlah 6.4 peratus Federal Budget kita untuk Kementerian Pertahanan dan sebenarnya adalah penerima kelima terbesar dalam federal bajet selepas Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Perbendaharaan dan Kementerian Dalam Negeri.
Oleh itu, sebenarnya Kementerian Pertahanan Malaysia kalau kita banding dengan peratus Federal Budget, kita lebih tinggi daripada negara-negara seperti Jepun 2.5 percentGermany 2.8 percent, negara England 4.8 peratus. Oleh itu, apabila kita melihat dari perspektif antarabangsa itu, kalau kita sebenarnya average, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Oleh itu, dalam bab terakhir Kertas Putih Pertahanan ini tidak disebutkan tentang funding tetapi dinyatakan pembentukan satu jawatankuasa pelaburan pertahanan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya berharap pembelian aset-aset ketenteraan kita, pertahanan kita hendaklah dipertimbangkan dari segi kewajarannya, logistik maintainance dan kemampuan kita. Kita tidak sepatutnya joining the arm races ataupun persaingan pembelian aset- aset ketenteraan.

Contohnya kalau negara-negara jiran kita yang ingin membeli jet F35, jet pejuang F35 keluaran Amerika Syarikat yang setiap satunya melebihi RM500 juta ataupun jiran satu lagi yang ingin membeli SU35 dari Rusia, jet pejuang. Perlu kah kita berlumba-lumba untuk membeli juga MiG-35 dari Rusia. Fighter jet sebenarnya dia amat kos tinggi. Oleh itu kita perlu memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Saya tertarik dengan bab empat untuk membina angkatan masa depan. Apabila dihuraikan terhadap tentang pertahanan udara jarak sederhana, sistem radar pertahanan udara, sistem radar pengawasan pantai dan sistem tanpa pemandu untuk menyokong operasi di kawasan teras. Itulah sepatutnya priority kita kerana priority itulah sepatutnya priority kita seperti yang sebut dalam Kertas Putih Pertahanan dan bukan kita berlumba-lumba dengan negara-negara jiran untuk pembelian aset-aset yang mahal dan yang terbaharu.

Tuan Yang di-Pertua, maka dengan Kertas Putih Pertahanan ini mempunyai satu guidance supaya untuk kita membuat pembelian. Saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada Tentera Laut Diraja Malaysia kerana banyak kerja yang telah dibuat dan juga penerbitan sebuah buku "Guardian Of the Frontier" yang telah dihadiahkan kepada semua ahli Parlimen. Buku ini menghuraikan sejarah TLDM dan kerja-kerja mempertahankan kepulauan dan perairan di Laut China Selatan. Laut China Selatan turut akan menjadi satu medan yang bakal mencetuskan konflik. Banyak submarines dekat bawah, di bawah Laut China Selatan dan terdapat juga negara-negara lain seperti Australia yang ingin membeli 12 submarines. Negara China mempunyai target untuk membeli 20 submarines. Oleh itu kita lihat dijangkakan di seluruh dunia, submarines di dunia ini terdapat separuh akan beroperasi di kawasan-kawasan Indo-Pacific.

Oleh itu perlu kah kita berlumba-lumba dengan mereka untuk menambah aset-aset terbaharu yang mahal seperti ini? Priority kita seperti dalam Kertas Putih Pertahanan ialah kapal misi pesisir ataupun bot pemintas pantas, bot pasukan khas untuk operasi di laut pesisir. Oleh itu saya sangat menyanjung tinggi usaha kita untuk set the priority’s correct. Kita perlu memastikan priority kita betul dan kita perlu juga menaikkan kebajikan untuk anggota-anggota ATM kita, veteran kita harus diperbaiki dan ditingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada Kertas Putih Pertahanan ini, satu polisi yang telah diumumkan sebelum ini iaitu foreign policy kita. Di bawah buku ini, foreign policy framework the new Malaysia, change in continuity dan buku ini harus dibaca bersama dengan Kertas Putih Pertahanan dan kita harus menggunakan usaha military diplomacy kita untuk dijalankan serentak diplomasi untuk menyelesaikan konflik-konflik yang potential berlaku dan military ataupun ketenteraan pertahanan haruslah sebagai langkah terakhir.

Usaha-usaha International Military Arrangements di peringkat antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, seperti Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan juga kerjasama pertahanan di peringkat ASEAN dan juga perkhidmatan kita di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu hendaklah diteruskan. Malaysia menempatkan seramai 26 orang penasihat pertahanan, defense attache di 25 buah negara di negara-negara FPDA, di negara ASEAN, lima buah negara besar Bangsa-bangsa Bersatu dan lain-lain.

Saya turut mencadangkan penasihat pertahanan di tambah di Jakarta, memandangkan kerja-kerja penyelamat di peringkat ASEAN yang berpangkalan di Jakarta di AHA Centre serta ASEAN Secretariat – Kita juga – Seorang di Jakarta, Indonesia dan seorang lagi untuk peringkat ASEAN. Ini seperti arrangement kita di Bangsa-bangsa Bersatu, seorang untuk seluruh US dan seorang lagi untuk Bangsa-bangsa Bersatu di New York. Saya turut mencadangkan penambahan penasihat pertahanan ditambah di negara-negara Iran, Qatar. Negara-negara tersebut mempunyai pengaruh di kalangan negara OIC dan perlu dijalinkan hubungan pertahanan antarabangsa yang lebih erat.

Tuan Yang di-Pertua, di peringkat serantau pula terdapat pelbagai cabaran yang berlaku sebelum ini seperti ancaman konfrontasi, ancaman komunis, perang Vietnam dan sebagainya. Semua itu telah berlalu dan telah tamat. Perspektif masa depan kita perlu lihat dan imagine juga apa yang berlaku di rantau ini pada masa hadapan. Seperti pembinaan ibu kota baharu dari Jakarta di Jawa ke Kalimantan Barat dan dijangka hanya 500 kilometer dari sempadan Malaysia di Borneo. Begitu juga, dengan defense pact United States dengan Singapura yang dahulunya dari tahun 1990 sehingga tahun 2020 telah dilanjutkan ke tahun 2035. Tentera Amerika akan menggunakan pangkalan udara dan laut di Singapura.
Semua ini harus diberikan perhatian dan fikiran yang sewajarnya. Indonesia adalah merupakan kawan kita, Singapura adalah kawan kita dan semua egara ASEAN adalah kawan kita. Oleh itu, kita perlu bukan sahaja melihat perspektif dari segi pertahanan dan ketenteraan, kita juga perlu melihat kepada cabaran – bukan sahaja ketenteraan tetapi non-state actor ataupun pelaku individu dan bukan negara. The lone wolf, lanun-lanun, Abu Sayyaf dari perairan Sabah, aktiviti perikanan, pencerobohan di Pantai Timur dan Semenanjung dan potensi pelarian Rohingya membanjiri sempadan darat dan maritim di utara Semenanjung dan juga kes-kes yang sebagainya.

Saya rasa itulah ancaman yang bukan tradisional. Saya juga berharap, apabila – seperti apa yang telah berlaku sebelum ini, serangan dron ke atas facility petroleum di Arab Saudi telah membongkar kelemahan keselamatan yang bakal menggugat aktiviti ekonomi.Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berakhir, saya ingin membangkitkan satu perkara bahawa di Kertas Putih ini juga telah menyebut tentang penahanan dan juga pendakwaan seramai 12 orang rakyat Malaysia disyaki membantu pergerakan kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). Saya meminta supaya pertimbangan dan kebijaksanaan Menteri supaya perkara ini tidak ditimbulkan di dalam Kertas Putih ini kerana ia masih dalam proses mahkamah.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sekali lagi memberikan penghormatan setinggi kepada warga anggota tentera Malaysia dan tahniah kepada kerajaan dan juga Menteri kerana penghasilan Kertas Putih Pertahanan julung-julung kali ini dan merupakan tunjang kepada Malaysia yang selamat, berdaulat dan makmur.
Sekian, terima kasih.

Thursday, November 14, 2019

国会改革

国会改革
黄汉伟專栏(升旗山国会议员)刊登于光华日报13-11-2019

两星期前,我接受了CityPlus 电台访问了关于国会议员出席率的专访。事缘有关国阵Kinabatangan 议员邦莫达在议会厅里援引议会常规指出席会议人数不足法定人数。议长按铃后,几分钟内有10多位议员进入议会厅,凑足人数才能继续辩论。

国会常规里说的法定人数是Quorum 即须26位国会议员在会议厅里。马来西亚国会师承英国西敏寺国会制度,但历经60年的大马国会还沿用陈旧的会议制度。

国会会期间是每周一至周四的开全会。全会即全部222位国会议员参与的会议。英国国会已经有发展成熟的国会委员会制度,而马来西亚还在起步。英国国会每周有一天是委员会日。国会议员出席各自的委员会,那一天就没有开全会。


各大大小小的委员会由朝野议员组成,深入探讨各项政策议题。委员会会议成果写成报告,提呈给议会,放在每个国会议员的桌上,也放在网上让媒体及公众下载阅读。议员们也可在辩论时引述报告书,媒体亦可大事报导报告书内容。

马来西亚国会在第十四届大选后进行了初步改革,成立了约十个以政策导向为主的委员会。由于委员会由来自全国东西马各地议员组成,所以在国会会议期间也召开各自委员会会议。

那天会议厅内法定人数不足时,有约10多位国会议员在国会大厦里出席2个不同的委员会会议。议长按铃后,这10多位议员中止委员会会议就回到会议厅里,超过了法定人数。

我所参与的国会公账会(PAC)在过去一年里已召开45次会议,发布5个工作调查报告,是各委员会之冠。公账会为了处理多宗重大议题的调查会议,多选在国会在开全会时也召开调查会议。我为了要参与国会全会的法案辩论,也多次奔走于国会大厅及委员会会议室兼顾两个同时进行的会议。这并非良好的开会方式。国会应修改常规,让国会议员们每周有一天的委员会日。

国会全会也不是个有效率的会议。有些议员表演脱口秀,而没做有深度的政策辩论。这成了冗长及一个接一个的马拉松辩论,使到国会议员们须常挑灯夜辩。议会改革须从各党团约束各自议员,派出有充份准备的议员代表各党参与全会辩论。

国会议员没有参与辩论时也是在忙着参与各大小会议。午餐时段常是排满了午餐汇报会。这个月,我就会见了远自英国来的警察行为独立办公室(IOPC)的代表,也会见了流亡海外的柬埔寨民主派领袖,参与了有关死刑刑罚汇报会,统考文凭会议以及多个法案的汇报会等。

兼任部长、副部长、州议员、州政府领导的国会议员更加忙碌。他们得处理各自部门的行政事务,也得来回布城、国会及各自州属。

第十四届国会已经有两位现任国会议员逝世,两位国会议员在会议厅内不适而须中断会议,被推着轮椅送院就医。

国会会议须更人性化处理会议时间,须更精明的审议国事而不是一场马拉松辩论秀。

______

Wednesday, November 13, 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai semasa Peringkat Jawatankuasa Kementerin Luar Negeri bagi RUU Perbekalan 2020

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri bagi RUU Perbekalan 2020 pada 7/11/2019

Ya terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk Kementerian Luar Negeri, untuk peruntukan mengurus yang diterima sebanyak RM724 juta dan juga pembangunan RM93 juta, sejumlah RM17 juta, kedudukan ke-20 dalam senarai kementerian. Walaupun 0.4 peratus daripada Federal Budget.


Walau bagaimanapun, saya rasa Kementerian Luar Negeri merupakan satu kementerian yang amat penting untuk menguruskan hubungan diplomatik apabila kita memasuki era globalisasi. Saya juga mengambil, alu-alukan Forum Policy Framework of the New Malaysia dengan tajuk Change in Continuity’ dengan highlight new Malaysia, Malaysia baharu. Saya harap dengan dasar-dasar diplomatik kita harus lift up to the expectation iaitu kepada pembentukan satu Malaysia yang baharu.

Butiran yang saya ingin bangkitkan Tuan Pengerusi ialah 030300 – Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT). Saya ingin meminta supaya- kerana terdapat penambahan terdapat bajet daripada RM4.5 juta tahun lalu dinaikkan kepada RM6.04 juta. Saya ingin meminta supaya- kerana terdapat banyak agensi yang memainkan peranan untuk mencegah keganasan. Antaranya di bawah Kementerian Luar Negeri dan juga di bawah polis, E8, di bawah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas yang juga bertanggungjawab untuk pencegahan keganasan.

Akan tetapi saya meminta supaya SEARCCT ini menjadi satu leading agency untuk mencegah keganasan . Ini kerana kita tidak boleh hanya bagi kepada E8 Cawangan Khas di bawah polis. Ia harus diangkat sebagai satu leading agency kerana saya dapati bahawa isu-isu keganasan ini perlu ada perspektif, hubungan antarabangsa dan perlu ada di kemas kini. Ini kerana kalau mengikut mitologi oleh E8 tanpa rujukan kepada Kementerian Luar Negeri ia akan mungkin tidak mempunyai hala tuju yang baik.

Selain itu saya ingin juga membangkitkan isu 020800 – Sekretariat Kebangsaan Asean dan juga 030200 – Hal Ehwal Maritim. Saya ingin mendapat tahu apakah hasil ASEAN Summit yang dihadiri oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Luar yang baru-baru berlangsung di Bangkok. Apakah hala tuju, Code of Conduct Laut China Selatan yang begitu penting untuk memastikan keamanan yang berlaku di Laut China Selatan. Apakah hala tuju untuk perkongsian maklumat ataupun tentang Code of Conduct untuk Laut China Selatan.

Di samping itu untuk Butiran 020000 iaitu di bawah tajuk Hubungan Diplomatik dan Kerjasama Pelbagai Hala. Saya dapati bahawa banyak negeri-negeri di persekutuan, banyak majlis perbandaran di Malaysia, mereka telah mengadakan hubungan friendship city. Contohnya Kuala Lumpur dengan Los Angeles dan sebagainya, satu friendship city antara city dengan city.

Akan tetapi perkara ini tidak- dan ia menjadi begitu kerap dan saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Wisma Putra ataupun Yang Berhormat Menteri Luar Negeri bagaimanakah isu, sama ada ada satu garis panduan ataupun free-for-all, ibu-ibu kota dan negeri-negeri boleh mengadakan friendship city dengan sebanyak negara, yang pada dulunya dipanggil sister city” ini. Apakah beza friendship city dengan sister city ini? Bagaimana hubungan diplomatik bukan sahaja dijalankan oleh Wisma Putra tetapi juga diplomasi dijalankan oleh negeri-negeri, diplomasi dijalankan oleh pihak majlis perbandaran.

Di bawah Butiran 050500 – Sumbangan Tahunan Pertubuhan Antarabangsa. Baru-baru ini saya membaca berita bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai hutang yang tinggi dan menghadapi masalah untuk membayar kepada staf-stafnya. Saya ingin dapat tahu sama ada di bawah butiran ini sama ada Malaysia menjalankan obligasi antarabangsanya memberikan, membayar yuran-yuran tahunan kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Ini saja yang saya ingin bangkitkan. Terima kasih.

Wednesday, November 06, 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa peringkat Jawatankuasa (Jabatan Perdana Menteri) RUU Perbekalan 2020 pada 5/11/2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa peringkat Jawatankuasa (Jabatan Perdana Menteri)  RUU Perbekalan 2020 pada 5/11/2019

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 020500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah menyalurkan tabung bencana sebanyak RM17 juta semasa taufan lekima yang berlaku pada beberapa bulan lalu di mana mangsa-mangsa taufan ini di Pulau Pinang mendapat sebanyak RM2 juta. 
Saya ingin mengetahui sama ada tabung ini ataupun Tabung Bencana Taufan Lekima ini sama ada pembayaran kepada mangsa-mangsa telah selesai dan lengkap dijalankan? Seperti yang kita tahu bahawa apabila berlaku bencana, kita lihat bahawa terdapat peningkatan dari segi jumlah peruntukan daripada RM15 juta untuk NADMA, meningkat kepada RM20 juta. Saya ingin mengetahui sama ada pelaburan ini ke atas aset emolumen dan juga perkhidmatan bekalan, bagaimana kita dapat meningkatkan lagi tenaga ataupun keaktifan Agensi Pengurusan Bencana Negara. 

Seperti kita tahu, bencana berlaku bukan sahaja di negara kita tetapi juga di peringkat ASEAN. Saya ingin mengetahui bagaimana NADMA apabila dijadikan satu nasional agensi untuk pengurusan bencana, bagaimana NADMA boleh bekerjasama di peringkat ASEAN di mana ada satu agensi dipanggil ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) kerana Malaysia telah menandatangani satu perjanjian bersama pada tahun 2011 di mana kerjasama peringkat rantau ASEAN ini diperlukan apabila berlakunya bencana di Filipina atau di Indonesia. Bagaimana NADMA akan digerakkan melalui AHA Centre sama ada peruntukan yang kita bakal luluskan hari ini sama ada mencukupi untuk NADMA bergerak bersama dengan AHA Centre untuk membantu bencana-bencana yang berlaku di peringkat ASEAN. 
Selain itu, Butiran 050100 di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN). Saya ingin membangkitkan isu rukun tetangga. Saya meminta supaya rukun tetangga ini dapat dirombak semula kerana banyak aduan diterima bahawa rukun-rukun tetangga tidak dapat memainkan peranan yang sepatutnya. 
Selain rukun tetangga, saya ingin juga menanyakan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan status Jawatankuasa Promotion of Inter-Religious Understanding and Harmony sama ada jawatankuasa ini dapat memainkan peranan yang aktif untuk menjadi satu payung kepada persatuan-persatuan agama daripada Buddhist, Christianity, Hinduism, Sikhism dan juga Taoism kerana di bawah jawatankuasa di bawah Jabatan Perdana Menteri ini, jawatankuasa di bawah Perpaduan ini sebenarnya perlu memainkan peranan yang aktif untuk berinteraksi dan juga menjadi satu payung kepada jawatankuasa-jawatankuasa keagamaan di negara ini. 
Saya juga sering kali mendengar aduan. Baru-baru ini daripada Little Sister of the Poor daripada Pulau Pinang bahawa mereka menghadapi masalah apabila biarawati (nuns) yang memohon masuk ke negara kita untuk menjadi penjaga di Little Sister of the Poor, satu rumah orang tua yang menjaga orang tua secara melalui kebajikan. Akan tetapi, permit-permit biarawati ini menghadapi masalah di kementerian-kementerian sama ada JPN ataupun Kementerian Dalam Negeri. Saya meminta perkara-perkara seperti ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, jawatankuasa yang menjaga terhadap agama-agama selain daripada agama Islam ini perlu memainkan peranan yang aktif, perlu memainkan peranan yang proaktif supaya hak-hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan ini dapat dijaga dengan baik. 
Selain itu saya juga ingin membangkitkan Butiran 060200 – Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC). Saya ingin menanyakan sama ada rang undang-undang yang baru kita luluskan National Anti-Financial Crime Centre (NAFCC) ini sama ada NAFCC Bil ini yang diluluskan sama ada akan diperuntukkan di bawah Bajet 2020 ini. Itu sahaja pertanyaan saya, terima kasih. 

预算案季节

预算案季节


文:黄汉伟
10月及11月是联邦、各州及市政厅公布预算案的季节。阅读各预算案讲词可以读到很多政治讯息及弦外之音。
槟州首席部长曹观友在11月1日在槟州议会宣读槟州政府2020年预算案。这是一个预算收入5.19亿令吉,开支7.92亿的预算案。槟州是个小州,所以是个小的预算案。雪兰莪的预算案收入22亿,比槟城多4倍,开支23亿。沙巴预算案收入是42.7亿,比槟城多8倍,开支41.6亿。砂拉越的预算案收入是100亿,比槟城多20倍,开支98.9亿。隔邻的吉打州的预算案收入是7亿,开支是10亿。
作为一个州属,槟州政府的预算也只比槟岛市政厅及威省市政厅多一点点。威省市政厅预算案收入是3.14亿,开支是3.49亿。槟岛市政厅的预算收入是4.5亿,开支是4.65亿。
与联邦政府的预算收入2445亿,开支2970亿比较,槟州的预算案是小了400倍。槟城理科大学所获得的联邦预算5.8亿也超越了整个槟州政府。
这是现实的数据。这是联邦权大,州权小的写照。东马州税收多,西马州税收少的状况。
我仔细看了沙巴州首长的预算讲词。沙巴有多元的收入包括了石油税、棕油销售税、渔业销售税、木材税、港口税收等。东马在联邦宪法之下有比西马更多的自主权及征税权。
槟州在缺乏天然资源之下,收入来源有限以及有限的征税权,是依靠地价收入、土地税及其他税收人。所以近年来的槟州预算案都会出现PPP的字眼(政府与私人界伙伴计划)以及由州政府探手入市政厅财库来执行发展计划。
经典例子就是通过政府与私人界伙伴计划执行全马第一间数码图书馆(Digital Library)。这是其他财大的州属及联邦还没办到的好计划。
槟州政府有必要持续探讨其他开源财政方案,以为人民带来更大的福祉。槟州过去通过土地发展经济的模式有必要持续。70年代,峇六拜从稻田区中发展成工业区。同样的威中及威南工业区也从一大片的农业地中发展起来。向海填土来发展新住宅区、工业区及舒缓交通方案是未来必然之路。
我读了吉打居林万拉峇鲁巫统议员拿督诺莎比丽娜日前在吉打州议会的辩论新闻。她说相对吉打居林新机场计划存在许多不确定因素,反而槟城占据先机,因为槟城峇六拜国际机场已经确定将由大马机场控股(MAHB) 去推行总值12亿令吉扩建计划。她也比较了马泰边境经济特区只获得5000万令吉联邦拨款,相对的槟城升旗山空中缆车计划却获得1亿令吉联邦拨款。
吉打州务大臣在吉州议会透露计划中的居林国际机场涉及600块土地的征地,征地费是一个大数字。若征地费太高,用私人集资的机场计划是否能落实还是个未知数。

有时,我们必须张开眼睛,打开耳朵,抬起头来看看其他州属的预算案,我们才能更正确的知道我们今天所在的位置及未来要走的方向。
--------------